Followers

Saturday 21 May 2011

Tanah Runtuh Di Hulu Langat


p/s : sama-sama kita berdoa untuk mereka.

Bagaimana Mengekalkan Cinta Di Hati Suami ?

1. Hindarkan perasaan merendah diri. Jangan sesekali berasa anda bukan yang terbaik untuk pasangan.  Elakkan juga rasa bersalah atau terbeban dengan kesalahan silam kerana ia menghalang anda untuk melakukan sesuatu dalam memelihara hubungan.

2. Jangan memperendahkan pasangan. Biar setinggi mana pun pangkat dan kedudukan anda, suami perlu dihormati. Elakkan sikap suka merungut mengenai perkara-perkara remeh yang boleh menghakis perasaan cinta di hati pasangan.

3. Hormati perasaannya. Seorang isteri wajib menghormati dan memuliakan suami sebagai ketua keluarga. Jagalah perasaan dan maruahnya sebaik mungkin. Panggillah suami dengan cara yang sopan. Elak cerita keburukan suami kepada orang lain, termasuk keluarga sendiri.

4. Jujur dan berpegang pada janji. Tiada perkahwinan berjalan sempurna jika berlandaskan pembohongan. Begitu juga dengan kepercayaan. Jangan terlalu mempersoalkan tindakan suami kerana ia akan membuat suami rimas dengan sikap curiga anda.

5. Komunikasi. Kunci utama hubungan suami isteri adalah komunikasi. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan jika anda berkomunikasi dengan jelas. Berbincanglah agar tiada sesiapa yang menahan rasa dan tidak berpuas hati.

6. Sentiasa di sisinya. Meskipun suami menghadapi masalah rumit, dengarlah luahan hatinya. Cara itu sedikit sebanyak sudah dapat mengubati kesedihan dan sekali gus meredakan beban masalah yang dipikul.

7. Lakukan perkara yang disukainya. Sedarilah setiap kali anda mengguris hati pasangan, maka sebahagian cinta anda untuk pasangan telah mati dan mungkin perasaan yang sama turut dikongsi olehnya.
 
 
 
p/s : hargai pasangan anda, jangan nanti bila sudah tiada baru sibuk nak ingat-ingat. peace!